Isu bankrap: 'Nak bagi saya malu satu Malaysia' - Mawar Karim dedah individu 'S' sengaja reka cerita

Gempak
April 13, 2022 14:12 MYT
Selain perniagaan tudung, Mawar juga mempunyai perniagaan barang kemas atau emas. - Foto Mawar Karim
USAHAWAN tudung popular, Mawar Karim tampil memberi respon terhadap dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada membayar hutang dan bakal diisytihar bankrap.
Mawar mendedahkan terdapat individu yang digelar sebagai nama ‘S’ sengaja memfitnahnya sejak dari tahun lalu.
“Wahai S tak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal saya. Tahun lalu fasal SJR, cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah,” katanya.
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu berkongsi perkara berkenaan dalam Insta Story akaun Instagram (IG) miliknya.
Semalam, media melaporkan Mawar bakal diiystiharkan bankrap selepas didakwa melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.
Ibu tunggal kepada seorang anak itu memberitahu umum mengenali siapa individu dengan gerangan ‘S’ yang didakwa sengaja mahu memalukannya.
“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” ujarnya lagi.
Selain perniagaan tudung, Mawar juga mempunyai perniagaan barang kemas atau emas.
Terdahulu hasil perkahwinan Mawar dengan Fizo sebelum ini mereka dikurniakan seorang anak iaitu Mariam.
ARITKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
#Mawar Karim #bankrap #usahawan #bayar hutang #muflis
;