Isteri James Bond hamil pada usia 48 tahun

Azyyati Ahmad
April 20, 2018 00:13 MYT
Rachel mendedah bahawa dia dan Daniel tidak sabar menunggu menyambut kelahiran anak perempuan mereka.
RACHEL Weisz megesahkan bahawa dia dan suami, bintang James Bond - Daniel Craig - kini sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.
Lapor Daily Mail, walaupun hamil pada usia 48 tahun, Rachel mendedah bahawa dia dan suami tidak sabar menunggu menyambut kelahiran anak perempuan mereka.
Rachel sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun dari perkahwinan pertamanya, manakala Daniel juga seorang anak lelaki dari perkahwinan sebelum ini.
Rachel dan Daniel mula berpacaran pada tahun 2010 dan berkahwin pada Jun 2011.
#Daniel Craig #Rachel Weisz
;