Isteri Hafidz Roshdi dedah hamil 10 minggu
Gempak
April 13, 2023 07:30 MYT
April 13, 2023 07:30 MYT
BERGELUT dengan kemelut rumah tangga, isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Shukri mendedahkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Maklum Shuhada, dia mendapati dirinya kini sedang hamil 10 minggu dan berkongsi khabar terbabit ketika menghadiri prosiding di mahkamah semalam.
"Ibu dah cuba untuk kuat. Ibu cuba hadap semuanya tapi sejujurnya ada hari, kekuatan tu tak sampai pada ibu.
"Semalam, waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak ibu, ibu tak mampu tahan hati ibu. Air mata mengalir tak hanti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu.
"Ibu dah cuba untuk kuat , lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depres yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati ibu, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baru sis and umar," maklumnya menerusi hantaran di Instagram.
Tekanan perasaan
Disebabkan tekanan yang dialaminya, Shuhada dinasihatkan tidak mendapatkan sebarang ubat-ubatan demi menjaga bayi dalam kandungan.
"Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan ibu masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut Ibu beri kesan kepada baby dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat , tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak ibu.
"Ibu ada baca tadi kes mak berpantang yang tikam leher sendiri sebab terkekan. Ibu betul-betul takut. Ibu tanya diri sendiri, mampu ke ibu hadap perjalanan ni.
"Mampu tak ibu kuat sepanjang proses ini. Ibu nak terus sihat untuk Humairah, Umar dan adik. Ibu kena kuat sebab ibu nak lihat anak-anak membesar depan mata ibu dan sama-sama kita susah senang," katanya.
Menangis, pengsan
Cerita Shuhada lagi, dia perlu lebih menjadi wanita yang lebih tabah dan kuat untuk mendepani hari-hari mendatang.
"Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat Hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab ibu tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan. Ibu termenung serabut . Air mata tak henti-henti mengalir.
"Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun payah nak telan. Walaupun ibu dihina, ibu dimaki, ibu dikhianati, ibu ditipu, dikasari, ibu kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni.
"Masa mula-mula semua ni. ibu selalu rasa lonely. Ibu terlalu kecewa sampai lupa lihat betapa Allah sangat mengasihi ibu. Allah berikan tokwan, tokmi dan adik-beradik yang selalu sokong ibu dan selalu ada sepanjang perjalanan ni.
"Allah hadirkan insan-insan hebat untuk bantu and sokong ibu bangkit untuk berniaga dan berdiri atas kaki sendiri.
"Allah hadirkan segala orang membantu kes ibu, dari team siasatan PDRM sehinggalah team legal. Semua ada. Allah hadirkan sahabat baik yang sentiasa ada. ini nikmat dalam sengsara yang ibu terlupa nak pandang pada awalnya.
"Allah hadirkan orang yang baik-baik. walaupun ibu tidak kenal, selalu komen bagi sokongan dan kekuatan pada ibu. Doa yang tak henti-henti. Kata-kata sokongan yang banyak bagi sokongan kepada ibu. You know who you are.
"Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Tak dapat ibu balas budi semua selain terus maju kedepan tanpa toleh belakang lagi.
"Sempena malam akhir Ramadan ni, ibu berdoa semoga Allah kurniakan pelangi untuk setiap ujian yang ibu lalui, itulah tanda Allah kasihkan ibu.
"Allah kata Aku Maha Mengetahui. Terima kasih Allah untuk semua ujian dan untuk semua kebaikan yang telah Kau berikan," tulisnya.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu. - Gempak