Isteri Eddie Wings meninggal dunia

Sinar Harian
Julai 7, 2023 18:40 MYT
Eddie memaklumkan isterinya menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang. - Sinar Harian
ISTERI kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia kira-kira jam 2.10 petang, pada Jumaat.
Memetik laporan mStar, Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris, 55, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang selepas dua minggu mendapat rawatan di sana.


"Isteri saya meninggal dunia ketika sedang melakukan rawatan dialisis.
"Selain masalah buah pinggang, dia juga terkena jangkitan kuman dan menyebabkan jantung menjadi lemah," ujarnya.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. -- Sinar Harian
#isteri Eddie Wings #meninggal dunia #Hospital Ampang #komplikasi buah pinggang
;