"Isteri baharu macam vitamin buat saya" - Da'i Farhan

Gempak
Disember 6, 2019 08:00 MYT
Farhan menyifatkan isteri baharunya, Dr. Airen sangat memberikan rangsangan motivasi kepadanya.
PENDAKWAH sensasi Da'i Farhan menyifatkan isteri baharunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan nama Dr. Airen sebagai vitamin untuk dirinya.
Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkongsi secara eksklusif dengan Gempak mengenai keperibadian isterinya.
"Alhamdulillah, dia sangat memberikan rangsangan motivasi kepada saya. Ke mana sahaja saya pergi, dia selalu ada.
"Jadi, saya rasa dia macam vitamin, ada selalu bila dia ada disamping saya.
"Kami tak ada rahsia, apa sahaja kami akan kongsi... info, isi hati dan pendapat, semuanya kami kongsi. Alhamdulillah, kami sering bertoleransi," kata Farhan.
Gempak bertemu dengan pasangan ini ketika mereka hadir ke rancangan bual bicara Mingguan Wanita semalam.
Berikut merupakan video penuh sesi temu bual Gempak bersama Farhan:
Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.
BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8
Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris namun kenyataan itu telah disangkal oleh Fatin.
BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara
Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.
BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil
BACA: Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Bakal Saman Pemfitnah
Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.
BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp
BACA: Isteri Da'i Farhan Mengaku Kena Cerai Talak Satu Melalui WhatsApp, Nafi Nusyuz! - "Saya Terima Takdir Selepas Terima Orang Ketiga ..."
Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.
Dalam pada itu, Farhan turut memberikan pesanan kepada adiknya.
BACA: "Abang Yang Tidak Bertanggungjawab!" - Adik Tampil Bersuara... Dedah Ibu Tak Restu, Da'i Farhan Buang Keluarga?
Adik Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama.
#Da'i Farhan #Dr Airen #Farhan #Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad #Noorainul Naqim Mohd Radzi #pendakwah
;