Isteri Amaris jawab mengapa fotonya tiada di IG suami
Gempak
Ogos 8, 2018 19:56 MYT
Ogos 8, 2018 19:56 MYT
SELEPAS pelakon Putra Amaris digosipkan bersama jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, ramai tertanya-tanya status sebenar aktor itu bersama isterinya.
Bagaimanapun baru-baru ini isteri Amaris, Nur Syazwani Alias telah menjelaskan status sebenar mereka.
“Ya Amaris (masih) suami saya, tetap suami saya selamanya selagi Allah izinkan dia satu-satunya suami saya,” katanya.
Jawapan itu didedahkannya selepas menjawab soalan-soalan menerusi ‘Ask Me Question’ di IG Story miliknya.
Selain itu terdapat juga yang masih sangsi dengan statusnya turut bertanya mengapa tiada foto Syazwani di akaun IG Amaris.
Syazwani memberitahu dia seorang yang sederhana.
“Alhamdulilah kami baik-baik sahaja. IG tersebut untuk (hal) kerja Amaris.
“Saya lagi selesa bersederhana,” tulisnya lagi.
Baru-baru ini Amaris sering dilihat bersama Vida dan dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan jutawan kosmetik itu.
Amaris Syazwani Alias berkahwin pada 5 Januari lalu di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.