Ismail Izzani sakit, kini terlantar di hospital

Gempak
Julai 4, 2018 21:01 MYT
Penyanyi lagu Luar Biasa itu turut memuat naik foto tangannya dimasukkan drip di atas katil hospital.
PENYANYI muda, Ismail Izzani terpaksa dimasukkan ke wad atas masalah kesihatan.
Ismail ditahan di wad sebuah pusat perubatan di ibu kota semalam dan memuat naik perkembangan terkini menerusi Instastory peribadinya.
"Get well soon dear self," tulisnya di entri Instagramnya semalam bersama sekeping foto sedang diwawancara di sebuah stesen radio.
Ketika di wad, Ismail sempat dikunjungi oleh bintang Akademi Fantasia 2013, Indah Ruhaila bersama suaminya, Shariff Taufik lewat malam tadi.
Penyanyi lagu Luar Biasa itu turut memuat naik foto tangannya dimasukkan drip di atas katil hospital.
Bagaimanapun, Ismail tidak memaklumkan punca sebenar dia ditahan di hospital. - Teks oleh: Amri Hassan
#Hospital #Indah Ruhaila #Ismail Izzani #kesihatan #luar biasa #perubatan
;