Inul Daratista taja 62 pengunjung pusat karaoke tunai umrah
Gempak
Januari 24, 2020 18:00 MYT
Januari 24, 2020 18:00 MYT
BINTANG dangdut Indonesia, Inul Daratista mempunyai pendekatan tersendiri dalam berkongsi rezeki serta kebahagiaan yang diperolehnya.
Sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-41, artis ternama dari seberang itu memilih untuk menaja 62 pengunjung pusat karaoke yang diusahkannya menunaikan ibadah umrah.
Di laman sosial Instagram peribadinya, Inul berkongsi beberapa video dan foto ketika majlis sidang media cabutan 62 nama pengunjung bertuah untuk tatapan umum.
“Bismillah, saya bagi umrah sebanyak 62 orang untuk pengunjung setia Inul Vizta di seluruh Indonesia. Undian saya lakukan hari ini di Vizta Pejaten. Selamat buat yang beruntung,” tulis Inul di ruangan kapsyen.
Pengumuman yang dibuat oleh penyanyi yang masyhur dengan lagu Goyang Inul itu mendapat maklum balas positif daripada peminat-peminatnya.
Sebilangan pengikutnya menyambut berita itu dengan kesyukuran dan berterima kasih pada Inul kerana berkongsi rezeki dengan membuat tajaan mengerjakan umrah.