INTEGRITI.TV bakal jadi pembekal kandungan mesej integriti

Astro Awani
November 13, 2016 11:00 MYT
Studio ini berfungsi sebagai ruang rakaman oleh krew penerbitan INTEGRITI.TV. - Sumber foto INTEGRITI.TV
INTEGRITI.TV ialah inisiatif terkini yang bersifat proaktif dari Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) bertindak sebagai pembekal kandungan (content provider) kepada agensi berita, agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam dalam usaha menyebarluaskan mesej integriti.
Dirasmikan oleh Tan Sri Samsudin Osman, Pengerusi Pengasas Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang juga merupakan Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Menara INTEGRITI di sini baru-baru ini, studio ini juga berfungsi sebagai ruang rakaman oleh krew penerbitan INTEGRITI.TV.
Antara bahan dan kandungan yang diterbitkan ialah seperti rancangan Bicarawara (Talkshow), Pesanan Khidmat Masyarakat (Public Service Announcement), rakaman program integriti dan sebagainya.
Penubuhan INTEGRITI.TV ini juga diharap akan membuka pelbagai bentuk dan ruang kerjasama dengan agensi-agensi berita serta pihak-pihak berkepentingan dalam penerbitan (audio visual) yang menjurus kepada mempromosikan agenda integriti.
Selain itu, Studio INTEGRITI.TV juga akan menyediakan kemudahan sewaan ruang studio untuk kegunaan pihak-pihak yang berminat, khususnya kepada para pelajar dan sebagainya.
Namun tema yang ingin dibawa mestilah integriti dan nilai-nilai murni.
#INTEGRITI.TV #KWSP #penerbitan #Samsudin Osman
;