Instagram platform para selebriti rai jasa bapa

Shamil Hizamie
Jun 21, 2015 17:43 MYT
Para selebriti menzahirkan rasa berterima kasih terhadap insan tersayang dengan dedikasi istimewa sempena Hari Bapa.
Hari bapa menjadi topik trending pada hari ini. Media sosial menjadi menjadi platform bagi menzahirkan rasa sayang serta meraikan individu istimewa yakni seorang bapa yang dianggap wira.
Personaliti tanahair tidak terkecuali meraikan wira hidup mereka ini dengan dedikasi istimewa di akaun Instagram masing-masing.
Berikut adalah beberapa selebriti tanah air yang mengucapkan Selamat Hari Bapa di Instagram.
Penyanyi Yusry KRU memuat naik gambar bersama bapanya, Abdul Halim Kamal yang mesra dipanggil daddy di akaun Instagramnya. Gambar itu disertakan ucapan ringkas Selamat Hari Bapa.
Bapa kepada Jaclyn Victor meninggal dunia ketika penghibur itu baru berusia sembilan tahun. Walaupun selepas 27 tahun, Jac tidak pernah melupakan memori indah bersama mendiang bapanya.
Kelihatan wira kepada Amber Chia mampu mengukir tersenyum lebar tatkala model terkenal itu mengucup pipinya.
Nabil Mahir pula memuat naik gambar menarik di Instagram yang menampilkan aksi lucu dari pengacara itu, bapanya serta dan ahli keluarganya.
Ucapan Selamat hari bapa dari Linda Rafar sedikit istimewa. Pelakon itu mendedikasikan ucapan bermakna kepada suaminya, Syed Aiman serta arwah bapanya iaitu Abdul Rafar Haji Ahmad.
Pelakon kacak, Hans Issac menggelar dua individu sebagai idolanya. Gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram itu menampilkan bapanya serta pakcik Hamid.
Sayu ucapan hari bapa seniwati Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy. Beliau menitipkan perasaan rindu buat arwah bapanya Almarhum Haji Ahmad Daud dan ibunya Almarhumah Hajjah Saadiah.
Bapa kepada Dynas Mokhtar kelihatan segak dalam persalinan formal. Kapsyen Instagram itu menjelaskan sut berkenaan adalah hadiah sempena Hari Bapa yang diraikan pada hari ini.
Video pendek yang dimuat naik pelakon Sharifah Amani sungguh unik. Sifat ceria Amani dan ahli keluarganya yang lain jelas kelihatan apabila memeluk manja sebagai gurauan mesra dengan bapanya.
Kedua cahaya mata pelakon dan pengacara Sazzy Falak membuat kad ucapan hari bapa kepada hero mereka iaitu Nazril Idrus. Sazzy juga memuatkan kapsyen yang menyentuh hati terhadap suami tercinta.
#Father's Day #hari bapa #selebriti #ucapan
;