Instagram Aafiyah belum dipertimbangkan - Siti Nurhaliza

Syafik Shukri Jalil
Mac 25, 2018 23:22 MYT
Datuk K menjalankan upacara tahnik untuk puteri sulungnya, Siti Aafiyah, sambil diperhatikan oleh Siti. Astro AWANI
"Akaun instagram Aafiyah belum saya pertimbangkan, kalau sudah ada, saya umumkan nanti."
Itu jawapan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika ditanya apakah beliau sudah punya perancangan untuk membuka akaun Instagram bagi cahaya matanya, Siti Aafiyah Khalid.
Beliau ditemui pada satu sidang media ringkas yang diadakan di kediamannya malam ini, selesai berlangsungnya majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik sempena usia puteri sulungnya itu memasuki tujuh hari.
BACA: Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza
BACA: 'Menangis pun merdu' - Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tontonan
Jelas Siti, dia menginginkan agar cahaya matanya itu, yang dilahirkan 19 Mac lalu, menjalani kehidupan yang normal sebagai manusia biasa.
Katanya, bagi peminat yang merindukan wajah anaknya itu, beliau akan sentiasa memuat naik gambar bayi tersebut menerusi akaun Instagramnya.
BACA: Siti Nurhaliza cipta sejarah! Selebriti tempatan pertama ada aplikasi sendiri
BACA: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab
Selain itu, Siti menambah, dia selesa sekiranya anaknya itu memanggilnya dengan gelaran 'ibu' kerana menurutnya, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa selesa dipanggil 'ayah' oleh anak-anaknya.
Buat masa ini, selebriti kesayangan ramai itu berkata beliau akan berehat selama enam bulan sebelum kembali aktif menyanyi.
#babyctdk #bayi #cahaya mata #Instagram #Puteri #Siti Aafiyah Khalid #Siti Nurhaliza #sulung
;