Insiden Kamal Adli dipukul, Ahmad Idham mahu penjelasan Kementerian: 'Ini isu keselamatan...'

Gempak
Mac 14, 2023 14:57 MYT
Ahmad Idham bertanyakan kepada pihak kerajaan sama ada sudah memgambil sebarang tindakan mengenai isu tersebut ataupun tidak. - Gambar fail
INSIDEN yang menimpa pelakon Kamal Adli sehingga mengalami cedera parah baru-baru ini turut menyorot perhatian pengarah dan pelakon Ahmad Idham.
Menerusi hantaran di Instagram, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, bertanyakan kepada pihak kerajaan sama ada sudah memgambil sebarang tindakan mengenai isu tersebut ataupun tidak.
Malah tegasnya, dia memohon penjelasan segera daripada pihak yang berwajib.
“Anak Malaysia yang juga pelakon tanah air di serang di luar negara. Hingga saat kini tiada sebarang kenyataan ke daripada Menteri KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia)
“Apa usaha kerajaan dalam menangani kes sebegini. Ada ke sebarang usaha daripada Kedutaan kita di sana (Singapura) membantu Kamal Adli. Mohon penjelasan segera, terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen pula, Idham berkata dengan adanya kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab hal itu dapat mengelakkan daripada sebarang salah faham.
“Mohon kenyataan rasmi daripada Kerajaan untuk isu ini agar tiada sebarang salah anggap atau manipulasi fakta oleh pihak bertanggungjawab.
“Ini isu keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Mana Menteri berwajib? Justice to Kamal Adli,” tulisnya pada kapsyen.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri acara di Singapura pada malam Ahad.
Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.
Kamal kini sedang dirawat dan dikawal oleh pihak polis selepas selamat menjalani pembedahan.
#Kamal Adli #artis hiburan #Justice to Kamal Adli #dipukul dengan cota
;