'Inikah sikap Duta Keamanan?' - Priyanka Chopra dikecam gara-gara promosi perang
Hilal Azmi
Mac 1, 2019 11:00 MYT
Mac 1, 2019 11:00 MYT
DUTA Muhibbah UNICEF, Priyanka Chopra dikecam gara-gara tweetnya yang menyokong tindakan tentera India dalam ketegangan yang berlaku di sempadan Pakistan.
Netizen menganggap tindakannya itu bercanggah sama sekali dengan tanggungjawabnya untuk menyebarkan mesej keamanan malah Chopra turut dituduh sebagai hiprokrit.
Netizen pada sama mahu pelantikan Priyanka Chopra sebagai duta keamanan dilucutkan.
Priyanka sebelum ini ada membuat lawatan di kem pelarian rohingya dan Syria sebagai salah satu aktiviti dalam kerjasamanya bersama dengan pihak UNICEF.
Antara selebriti Pakistan yang turut memberikan kritikan ialah pelakon, Armeena Khan.