Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong
Gempak
Ogos 5, 2019 14:46 MYT
Ogos 5, 2019 14:46 MYT
PEREKA fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya beberapa jam lalu.
Rizalman mendoakan kesejahteraan buat Raja Permaisuri Agong yang juga teman rapatnya itu.
"Patik ingin Merafak Sembah di atas ulang tahun keputerian KBDYMM Raja Permaisuri Agong pada hari ini.
"Semoga Allah SWT melimpahkan segala kurniaNya, RahmatNya, di ampun dosa serta dipanjangkan usia ke atas Duli Tuanku sebagai Permaisuri, Isteri dan juga ibu," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia turut menulis ucapan untuk Raja Permaisuri Agong dan turut mendoakan kesejahteraan buat baginda.
Pada Selasa minggu lalu, Rizalman telah menyiapkan persalinan buat Raja Permaisuri Agong serta puteri-puteri baginda ketika Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Selain itu, pereka fesyen berprofil tinggi ini juga diberi kepercayaan untuk menata rias Balairung Seri Istana Negara sempena istiadat bersejarah itu.
#AgongKita
#hari keputerian
#Raja Permaisuri Agong
#Rizalman Ibrahim
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#ucapan hari jadi
#Yang di-Pertuan Agong