Ini sebab Awi Rafael pilih 17 Mac nikahi Atikah Suhaime

Gempak
Julai 24, 2018 16:46 MYT
Menurut Awi, tarikh itu dipilih bersempena hari ulang tahun kelahiran Atikah.
PENYANYI Awi Rafael atau nama sebenarnya Mohammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael, 32, bakal berkahwin dengan tunangnya, aktres Atikah Suhaime pada 17 Mac tahun hadapan.
Menurut Awi, tarikh itu dipilih bersempena hari ulang tahun kelahiran Atikah.
"Atikah lahir pada 15 Mac, tetapi tarikh itu jatuh pada hari bekerja, jadi kami buat keputusan untuk berkahwin pada 17 Mac yang jatuh pada hari minggu.
"Insya-Allah, kami akan adakan majlis resepsi di Singapura sementara majlis di Kuala Lumpur masih lagi dalam perancangan.
"Alhamdulillah, setakat ini semuanya telah berjalan dengan lancar, doakan yang baik-baik buat kami berdua," kata Awi.
Awi ditemui di majlis kejutan sambutan hari jadinya yang ke-32 bertempat di Suka Sucre Bistro, Cheras malam tadi. - Teks : Asraf Aided
#Atikah Suhaime #Awi Rafael #Mohammad Nabawi Ewan Gunawan Rafael #pelakon #penyanyi #perkahwinan #Singapura
;