Ini pemenang Oscar jika ditentukan carian Google Malaysia

Astro Awani
Mac 1, 2014 08:00 MYT
Musim Oscar kembali lagi dan Google Malaysia berkongsi informasi siapakah yang bakal memenangi trofi paling berprestij itu sekiranya pemenang ditentukan oleh trend carian rakyat Malaysia sejak 12 bulan lalu di www.google.com.my dijadikan penentu.
Google Malaysia telah memilih kata kunci carian popular di Google Trends dan membandingkannya dengan senarai calon akhir Anugerah Akademi untuk beberapa kategori utama.
Berdasarkan trend carian di Google Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia memilih filem Her sebagai pemenang untuk kategori utama Filem Terbaik. Calon lain untuk kategori utama ini adalah filem Gravity, Captain Philips, 12 Years A Slave dan Dallas Buyers Club.
Bagi kategori Pengarah Terbaik, rakyat Malaysia memilih Steven McQueen dari filem 12 Years A Slave menewaskan carian untuk Martin Scorsese (The Wolf of Wall Street), Alfonso Cuaron (Gravity) dan David O. Russell (American Hustle).
Pelakon popular Leonardo DiCaprio dari filem The Wolf of Wall Street pula pelakon yang dimahukan oleh rakyat Malaysia untuk memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik. Turut dicalonkan dalam kategori yang sama adalah Christian Bale (American Hustle), Bruce Dern (Nebraska) dan Chiwetel Ejiofor (12 Years a Slave).
Pilihan rakyat Malaysia memihak kepada Amy Adams dari filem American Hustle untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik mengenepikan calon kegemaran Cate Blanchett dari filem Blue Jasmine, Sandra Bullock (Gravity) dan Judi Dench (Philomena).
Pilihan rakyat Malaysia berdasarkan kunci carian Google untuk kategori lain adalah:
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Bradley Cooper (American Hustle)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Jennifer Lawrence (American Hustle)
Filem Bahasa Asing Terbaik – Omar (Palestin)
Lakonlayar Asal Terbaik – Woody Allen (Blue Jasmine)
Filem Animasi Terbaik – Frozen
Lagu Tema Terbaik – Happy (Despicable Me 2)
#Anugerah Akademi #Oscars
;