"Ini bukan tempat kita Papa" - Nota Iqram sempena hari jadi arwah bapa menyentuh hati
Gempak
Mac 5, 2018 20:15 MYT
Mac 5, 2018 20:15 MYT
PELAKON Iqram Dinzly menyentuh hati netizen menerusi ucapan hari jadi arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said.
Tulis Iqram, dia sedang berusaha untuk mengotakan kata-kata yang pernah diungkapkan pada malam hari jadinya ke-36 tahun lalu.
"Papa oh Papa! Happy Birthday. Maaf tidak bersama kerana Iq (Iqram) sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iq perkatakan melalui penulisan terakhir Iq kepada Papa di malam hari kelahiran Iq yang ke 36 tahun lepas," tulisnya.