Ini 10 perkara menarik tentang konsert ulang tahun Ruffedge
Gempak
Ogos 5, 2018 22:15 MYT
Ogos 5, 2018 22:15 MYT
SETELAH lebih 10 tahun membawa haluan masing-masing, akhirnya kumpulan R&B dan soul kegemaran ramai, Ruffedge muncul dengan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Ruffedge yang berlangsung di KL Live, malam tadi.
Dianggotai oleh Sein, 35, Cat Farish, 44, Azan Addin, 44, Mode, 43, Amer, 40 dan Zain Hamid, 40, rata-rata peminat berpuas hati serta menyatakan rasa rindu terhadap Ruffedge.
Penantian mereka untuk menyaksikan persembahan dari kumpulan ini terubat pada malam tadi!
Gempak kongsikan 10 perkara menarik tentang konsert tersebut:
1. Penjualan tiket yang laris! Sebanyak 1,400 tiket belian awal atau 'early bird' telah habis dijual dalam masa dua jam selepas dilancarkan.
2. 140 tiket untuk sesi 'meet and greet' telah habis dijual dalam masa tiga minit sahaja.
3. Sabar menanti... Seramai 3,000 orang penonton telah tiba di KL Live kira-kira satu jam sebelum konsert dimulakan.
4. Detik penghargaan didahulukan... Sebuah video ucapan terima kasih dari semua anggota Ruffedge terhadap semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka dimainkan sebagai tanda penghargaan.
5. Da Bomb! Detik yang dinanti-nantikan, lagu Da Bomb dinyanyikan sebagai persembahan pembukaan yang menghangatkan suasana, semua penonton tehibur dan mula menari.
6. Gimik menjadi... Penonton hampir terpedaya dengan gimik yang mengatakan Amer tidak menyertai konsert ini kerana sudah pulang ke Oman. Namun, kemunculan Amer menyanyikan lagu Kasih & Percaya bersama anggota yang lain menggamatkan suasana konsert!
7. Lagu baru diperkenalkan! Bukan sahaja menyanyikan lagu-lagu lama mereka, Ruffedge turut mempersembahkan single terbaru yang bertajuk Seperti Mereka.
8. Detik istimewa buat peminat! Cat Farish melontar topi dan jacketnya ke arah peminat, semuanya berebut!
9. Nine Phyne Ballerz, Jaclyn Victor dan Pot Innuendo turut diundang sebagai artis jemputan untuk konsert ini
10. Turut menjadi perhatian.. Datuk Acis memainkan peranan sebagai pengarah muzik sepanjang berlangsungnya konsert tersebut dan namanya turut disorak oleh peminat.
Antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan adalah Fazura, Fattah Amin, Caprice, Marsha Milan, Jihan Muse, Lisa Surihani, Aqasha, Liyana Jasmay dan Misha Omar.
Ruffedge bakal membuat konsert seterusnya di Singapura pada 6 0ktober ini, tiket akan mula dijual pada 6 Ogos secara online di myticket.asia.com.
Teks : Asraf Aided