Ingin disemadi sebelah kubur Ashraf, Bunga Citra Lestari tempah liang lahad dengan harga RM75,000

Gempak
Februari 19, 2020 09:07 MYT
Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4 pagi Selasa (waktu tempatan). - Astro GEMPAK
PEMERGIAN aktor Ashraf Sinclair sangat memberi kesan yang besar kepada ramai orang terutama isterinya, aktres terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy, BCL bukan saja menempah liang lahad untuk arwah Ashraf malah untuk dirinya jua.
"Benar, BCL minta mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia," katanya kepada detik.com.
Malah, pada awalnya pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahad yang lain namun ditolak oleh BCL.
"Beliau tak mahu 'single'. Dia mahu berdampingan dengan suaminya.
"Pengurusnya, Doddy yang menghubungi saya dan menempah dengan harga RM75,000," katanya lagi.
BACA: "Bunga, terima kasih kerana mencintai anak saya" - Bapa Ashraf Sinclair
BACA: Jenazah Ashraf Sinclair selamat dikebumi
Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.
Sumber: Detik.com
#Ashraf Sinclair #BCL #Bunga Citra Lestari #Indonesia #kebumi #kubur #liang lahad #meninggal dunia #San Diego Hills #sebelah kubur suami #serangan jantung
;