'Ingatannya agak kritikal' - Terhantuk ketika main bola abang mohon doakan Ejai Azarra Band

Gempak
Oktober 15, 2019 17:43 MYT
Menurut abangnya, kepala Ejai telah terhantuk sewaktu terjatuh sehingga mengalami gegaran otak yang menyebabkan dia hilang ingatan. - Foto Instagram
ABANG kepada vokalis Azarra Band memohon orang ramai mendoakan adiknya, Ejai Aziz yang mengalami kemalangan ketika bermain futsal.
Abangnya memaklumkan berita itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram milik Ejai.
Menurut abangnya, kepala Ejai telah terhantuk sewaktu terjatuh sehingga mengalami gegaran otak yang menyebabkan dia hilang ingatan.
“Saya abang kepada Ejai Aziz, minta semua rakan-rakan yang mengenali adik saya Ejai Aziz yang kini hilang ingatan akibat terhantuk ketika bermain bola.
“Kini beliau berada di hospital Sungai Buloh dan ingatannya agak kritikal, saya harap rakan-rakan yang mengenali beliau doakan semoga ingatan beliau pulih,” tulisnya.
Dalam pada itu, anggota kumpulan Khalifah, Harry juga turut memohon orang ramai mendoakan Ejai.
“Saya nak minta jasa baik korang untuk mendoakan Ejai daripada kumpulan Azarra Band, saya baru dapat tahu semalam dia main bola selepas itu dia terjatuh, kepala dia terdapat hentakan yang sangat kuat dan doktor mengesahkan mengalami gegaran otak sampai dia hilang ingatan,” katanya menerusi video pendek di Instagramnya.
Terdahulu, Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 32 merupakan vokali Azarra Band yang terkenal dengan lagu Alalala Sayang.
#Azarra Band #Ejai Aziz #hilang ingatan #Instagram #kemalangan #terhantuk
;