'Industri muzik bukannya mati' - Norman KRU
Azyyati Ahmad
Julai 21, 2015 15:56 MYT
Julai 21, 2015 15:56 MYT
Industri muzik Malaysia tidak akan berkubur tetapi sedang mengalami proses transformasi.
Ini reaksi Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Norman KRU mengenai laporan yang dibawakan Astro AWANI, baru-baru ini.
Dalam laporan tersebut, penggiat seni tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza dan kumpulan Bunkface meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan industri muzik di negara ini yang dikatakan semakin parah.
Perkara itu tercetus apabila penyanyi lagenda negara, Datuk Sheila Majid meramalkan bahawa industri muzik akan pupus sekiranya, peminat kurang menghargai karya seni tempatan.
Norman yang juga merupakan Pengarah Urusan KRU Music berkata fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Biarpun, penjualan album semakin menurun tetapi Norman optimis industri muzik masih ada masa depan.
Tambah Norman, dalam hal ini, strategi penggiat seni dan sokongan kerajaan perlu ada demi mengembalikan kegemilangan industri tempatan.
Ikuti temubual penuh bersama Norman KRU di sini
Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music, Darren Choy mengakui bahawa semua syarikat rakaman mengalami keruduman penjualan album.
Namun kata Darren, itu adalah fasa normal seperti yang pernah dialami ketika di zaman penjualan kaset dahulu.