'Imsak ini ibarat lampu kuning' - PU Rahmat jelas kekeliruan tempoh imsak ketika bersahur

Gempak
Mei 7, 2019 18:00 MYT
Kesimpulannya, waktu Imsak adalah kita disunatkan berhenti makan dan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan Subuh. - Foto Astro GEMPAK
TIDAK dinafikan, sehingga kini masih ramai lagi yang masih keliru dengan waktu Imsak.
Kekeliruannya berkisar sama ada kita masih dibenarkan makan atau tidak ketika waktu Imsak.
Namun, ciapan daripada Pencetus Ummah (PU), Rahmat Ikhsan di Twitter miliknya baru-baru ini ini mungkin boleh menjernihkan semua kekeliruan.
Menurut PU Rahmat, jika sudah memasuki waktu Imsak, tetap dibolehkan sahur, baik makan atau minum tetapi digalakkan berhenti sebagai langkah berjaga-jaga.
Jelasnya, waktu Imsak boleh diibaratkan sebagai 'lampu kuning'.

IMSAK : thread Kalau dah IMSAK tetap boleh sahur baik makan atau minum tetapi digalakkan berhenti sebagai langkah berjaga jaga . Ia macam lampu Kuning . Sepatutnya nampak lampu kuning kita kena slowkan kenderaan untuk berhenti bukan memecut risau ada kemalangan atau terbabas

— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) May 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sepatutnya nampak lampu kuning kita kena 'slow' kenderaan untuk berhenti bukan memecut risau ada kemalangan atau terbabas," katanya.
Selain itu, menurut PU Rahmat, tujuan penandaan waktu Imsak ini ialah sebagai langkah mengelakkan syak, sama ada sudah terbit fajar atau belum dengan afdal meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.
"Kesimpulannya, waktu Imsak adalah kita disunatkan berhenti makan dan sebagai sikap berhati-hati dengan munculnya fajar yang menandakan subuh," katanya.
#afdal #fajar #fitrah #imsak #kemalangan #makan #minum #PU Rahmat Ikhsan #Ramadan #Twitter
;