Imam Muda Asyraf tak kenal Ikan Duri

Gempak
Jun 14, 2016 13:23 MYT
Asyraf terus ke enjin pencarian Google berkaitan Ikan Duri dan akhirnya menemui hidangan sesuai dimasak, iaitu Kari Penang. - Foto Astro Gempak
JUARA Imam Muda musim pertama, IM Asyraf tidak mengenali Ikan Duri ketika diberi cabaran menerusi program Masaklah Kau.

Selain Ikan Duri, IM Asyraf turut diberi serbuk kari dan cili padi dan dia diminta menyediakan satu hidangan menggunakan kesemua bahan tersebut dalam masa 30 minit.

Agak melucukan apabila melihat reaksi spontan IM Asyraf yang terkejut melihat Ikan Duri.

Bagaimanapun, tanpa membuang masa, IM Asyraf terus ke enjin pencarian Google dan akhirnya menemui hidangan sesuai dimasak, iaitu Kari Penang.

Pelbagai adegan menarik yang mencuit hati berlaku ketika berada di dapur, antaranya IM Asyraf melatah apabila percikan tumisannya terkena tangan.

Dia juga kelihatan malu memasak di hadapan kamera, tetapi demi untuk menyelesaikan cabaran yang diberi, tugasan tersebut dilakukan juga.

Siapa tetamu misteri pada minggu ini? Jangan lupa saksikan Masaklah Kau di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (132) jam 9.30 malam ini (Selasa) yang dihoskan oleh Faizal Ismail.

Dalam pada itu, dapatkan pelbagai resepi masakan dan hidangan di Aplikasi Suudu dengan memuat turun di App Store atau Google Play.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.

#Asyraf #Ikan Duri #im #imam muda
;