Ikon TV dan drama '90210', Luke Perry meninggal dunia
Agensi
Mac 4, 2019 04:20 MYT
Mac 4, 2019 04:20 MYT
Ikon TV dan aktor siri popular 90an Beverly Hills, 90210, dilaporkan telah meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami serangan angin ahmar beberapa hari lalu.
Lapor portal hiburan Hollywood TMZ, Perry meninggal dunia pada usia 52 tahun di hospital St Joseph di Burbank, California, Amerika Syarikat selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal.
Perry meninggal dunia di samping dua anaknya, tunang dan bekas isterinya selain ahli keluarga dan sahabat handai yang lain.
Perry dikejarkan ke hospital selepas pasukan perubatan mendapat panggilan kecemasan dari kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat Rabu lalu.
Jurucakap Perry, berkata mendiang mengalami trauma yang teruk di bahagian otak akibat serangan itu.
Bagaimanapun, untuk drama 'remake 'itu ia tidak melibatkan penglibatan Perry dan pelakon Shannen Doherty.
Namun begitu, penerbit drama tersebut sedia membuka pintu untuk kedua-dua mereka bergabung.
Pelakon-pelakon asal Beverly Hills, 90210 seperti Jason Priestley, Jennie Garth, Ian Ziering, Gabrielle Carteris, Brian Austin Green dan Tory Spelling kembali berlakon dalam versi baharu.
Drama Beverly Hills, 90210 ditayangkan pada 1990 dan menjadi fenomena selama 10 tahun ketika ditayangkan.
Luke juga baharu sahaja menghabiskan penggambaran filem arahan Quentin Tarantino ' Once Upon a Time in Hollywood' yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
#90210
#Amerika Syarikat
#Beverly Hills
#California
#filem
#Hollywood
#Hospital
#Los Angeles
#meninggal dunia
#perubatan
#serangan
#serangan ahmar