Iklan Gillette menghina golongan lelaki?

Azyyati Ahmad
Januari 15, 2019 07:49 MYT
Ada yang mengatakan iklan pisau cukur ini berunsur politik dan menggambarkan seolah-olah kaum lelaki hanya sebagai pengacau wanita dan penganggu seksual. Twitter @Gillette
JENAMA pisau cukur antarabangsa, Gillette mendapat tamparan hebat selepas melancarkan iklan terbaru produk berkenaan di YouTube dalam usaha menyokong gerakan #Metoo dan mencabar maskuliniti toksik.
Dalam iklan berkenaan, anak syarikat gergasi global Proctor & Gamble itu menyeru golongan lelaki untuk tidak melakukan perlakuan seperti buli, gangguan seksual dan gangguan terhadap wanita.
Menarik juga persoalan yang dibawakan iklan terbaru Gillette itu, iaitu 'Adakah ini yang terbaik yang boleh diperoleh seorang lelaki?’.
Ia antara lain menggalakkan golongan lelaki untuk bertanggungjawab menjaga tingkah laku antara satu sama lain.
Bagaimanapun, mesej iklan itu dipenuhi dengan reaksi berbeza daripada netizen terutamanya daripada golongan lelaki sendiri.

Boys will be boys? Isnt it time we stopped excusing bad behavior? Re-think and take action by joining us at https://t.co/giHuGDEvlT. #TheBestMenCanBe pic.twitter.com/hhBL1XjFVo

— Gillette (@Gillette) January 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang mengatakan ia berunsur politik dan menggambarkan seolah-olah kaum lelaki hanya sebagai pengacau wanita dan penyerang seksual.
Ada juga yang menyokong dan menghargai usaha produk berkenaan dalam membawakan lebih kesedaran kepada kaum lelaki demi generasi akan datang.

This ad is amazing and made me cry. Bravo @Gillette for taking a stand. This is the kind of world I want my son to grow up in. To all the men offended by this... take a good hard look in the mirror pal and ask yourself why. https://t.co/Ytyi5R01Nr

— Melissa Fumero (@melissafumero) January 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Still not sure where the offence is in the Gillette advert... Message is don't behave like a dinosaur... Ohhhh that's who is offended now I get it. #Gillette

— Alphonse Rawlinson (@mattrbennett) January 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

For all of you who are ditching your @Gillette razors and products for @Harrys over their toxic masculinity post, you may want to consider this. https://t.co/x4t8YrxoLu

— Kelly Johnston (@johnston_kelly) January 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Video berkenaan setakat ini mendapat 6.2 juta tontonan dan lebih 400 ribu dislike.
Gillette dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya jenama mereka memainkan peranan dalam mempengaruhi budaya.

#TheBestMenCanBe is always evolving, but shaping the men of tomorrow starts with actions we take today. Join us at https://t.co/giHuGDEvlT. pic.twitter.com/jHb1fRX5Yr

— Gillette (@Gillette) January 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#buli #gangguan seksual #Gillette #iklan #lelaki #maskuliniti #MeToo #pisau cukur #wanita #YouTube
;