Ikal Mayang berani tampil isu provokatif

Astro Awani
Mac 9, 2013 22:54 MYT
Bersempena Hari Wanita Sedunia, Projek "Ikal Mayang" menghimpunkan 15 filem pendek arahan pengarah dari pelbagai latar belakang.
Bagaimanapun, lima daripadanya dilihat menampilkan isu provokatif yang mungkin tidak sesuai untuk tayangan umum.
Himpunan filem pendek "Ikal Mayang" merupakan satu inisiatif oleh Women:Girls sebuah gerakan wanita diketuai oleh Low Ngai Yuen dari Kakiseni serta Garang Pictures.
Barisan pengarah diwakili nama-nama besar antaranya Sofia Jane, Fauziah Nawi, Nanu Baharuddin, Vanidah Imran dan Sharifah Amani.
Bagaimanapun, lima daripada 15 filem pendek itu besar kemungkinan tidak akan ditayangkan di kaca tv kerana isu agak yang sensitif.
Menjalani penggambaran selama 32 hari dengan bantuan 105 orang pelakon, siri filem pendek "Ikal Mayang" dipertontonkan pada media pada Jumaat lalu.
#Fauziah Nawi #Ikal Mayang #Kakiseni #Sharifah Amani #Sofia Jane