Ika Nabella selamat bergelar isteri Muhammad Zaid

Gempak
Julai 30, 2016 08:00 MYT
Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid. - Foto Instagram

BEKAS bintang program realiti Akademi Fantasia 6, Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 27, sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid Aznam, 29, dengan sekali lafaz pada jam 2.25 petang tadi.

Menurut laporan portal hiburan Berita Harian, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid.

Zaid menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran.

Pasangan itu akan diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang esok, manakala majlis bertandang pula akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini.

Sebelum ini, Ika dan Zaid melangsungkan majlis pertunangan pada 14 Mei lalu di kediaman Ika di Pulau Pinang.

Foto: Ihsan Instagram @ikanabella @adimuhaiminhakim @aidilsentoi @rafaphotograhpy_malaysia @zarulhadi @petaigraphyofficial @silentzstudio @rhonafilm

#Berita Harian Online #Ika Nabella #Muhammad Zain Aznam