Idris Elba dipilih 'Lelaki Paling Seksi' di dunia

Agensi
November 7, 2018 01:56 MYT
Elba merupakan lelaki bukan kulit putih ketiga yang berjaya memasuki senarai Lelaki Paling Seksi. - REUTERS
PELAKON British, Idris Elba, dinamakan Lelaki Paling Seksi di dunia oleh majalah People.
Pemilihan pelakon yang popular menerusi siri Luther itu diumumkan dalam program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
Elba, 46 tahun, kelahiran London, merupakan lelaki ke-33 yang diumumkan memegang gelaran itu.
Dia juga lelaki bukan kulit putih ketiga yang berjaya memasuki senarai berkenaan selepas Dwayne 'The Rock' Johnson dan Denzel Washington.
Ditanya bagaimana reaksinya apabila menerima berita itu, Elba berkata: "Saya macam, 'Sudahlah, tak mungkin. Betulkah?’ Saya lihat di cermin. Tengok diri sendiri.
“Saya rasa, 'Ya, awak nampak seksi juga hari ini'. Tetapi, jujurnya, ia satu perasaan yang menyenangkan. Kejutan yang menyenangkan. Sudah pasti, ia menaikkan ego," kata bintang Avengers itu kepada People.
Pemilik nama sebenar Idrissa Akuna Elba itu sebelum ini pernah disenaraikan dalam 100 Individu Paling Berpengaruh di dunia oleh majalah Time.
Dia juga pernah dikatakan bakal menggantikan Daniel Craig sebagai pemegang watak James Bond seterusnya, namun dilaporkan menolak tawaran tersebut.
Senarai Lelaki Paling Seksi di dunia sebelum pernah diisi oleh nama-nama besar seperti Brad Pitt, George Clooney dan David Beckham.
#Avengers #drama #filem #idris elba #Lelaki Paling Seksi #Luther #majalah #pelakon #people #TIME