Ibu Selena Gomez masuk hospital akibat pertengkaran tentang Justin Bieber
Afza Fahmidah
Disember 19, 2017 05:35 MYT
Disember 19, 2017 05:35 MYT
Ibu Selena Gomez, Mandy Teefey dikejarkan ke sebuah hospital di Los Angeles setelah bertengkar dengan anak perempuannya itu tentang Justin Bieber.
Mandy dan Selena dipercayai sedang hangat berbincang tentang penyanyi lagu ‘Baby’ itu lantas menyebabkan Mandy terlalu marah dan bimbang.
Mandy tidak dapat menerima hakikat yang Selena serius dalam hubungannya bersama Bieber sehingga terpaksa bertemu doktor, menurut portal TMZ.
Selena juga memberitahu ibunya bahawa dia dan Bieber sudah menghabiskan waktu bersama sebagai terapi pasangan, lantas membuat ibunya naik berang.
Ahli keluarga Selena memanggil doktor untuk memeriksa Mandy di sebuah hotel di Los Angeles namun beliau dikejarkan ke hospital sejurus itu.
Selena Gomez, 25 tahun dan Justin Bieber, 23 tahun, telah empat tahun menjalinkan hubungan dari 2011 hingga 2015.
Mereka kembali berdamai setelah Selena memutuskan hubungannya dengan penyanyi dan penulis lirik dari Kanada, The Weeknd.
Namun perpisahan tersebut dikatakan bukan berpunca daripada Bieber.
Justin selama beberapa minggu berusaha untuk menawan hati Selena, lapor TMZ lagi.
Menurut sumber lain, pembedahan buah pinggang yang dijalani Selena September lalu mengingatkan Bieber tentang nilai hubungannya dengan Selena.
Bukan senang untuk Bieber kembali ke pangkuan Selena, malah ada sumber mengatakan keluarga Selena cuba untuk menghalang hubungan tersebut kerana Bieber dianggap sangat jahat.
Namun, sikap Bieber sangat meyakinkan Selena.
Nampaknya, Bieber menuruti lirik lagunya yang bertajuk ‘Girlfriend’ yang berbunyi, “if I was your boyfriend, I'd never let you go.”
Walau bagaimanapun, pasangan tersebut belum mengumumkan tentang status hubungan mereka yang terkini di mana-mana platform.
Tambah sumber itu lagi, Selena memang mempunyai perasaan terhadap Bieber.
Rakan-rakan Selena mahu mengingatkan Selena tentang perasaan itu sejak Selena kembali stabil selepas pembedahan.
Topik ini hangat dibincangkan di laman Twitter.
Ada netizen yang menyokong perdamaian pasangan ini dan tidak kurang juga mereka yang mengecam.