Ibu Neelofa kongsi tip awet muda

Gempak
November 2, 2017 20:23 MYT
Ibu Neelofa memberitahu dia mengamalkan meminum air putih selepas bangun tidur serta sebelum dan selepas mandi.
IBU kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed kelihatan sentiasa anggun dan jelita biarpun sudah berusia 51 tahun.
Bertemu dengan Noor Kartini ketika majlis pelancaran koleksi hijab terbaru, Helena by Naelofar Hijab di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini, Astro Gempak sempat bertanyakan mengenai petua awet muda yang diamalkan olehnya.
"Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
"Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi," kata Kartini.
Tambah Kartini, dia juga mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seharian.
"Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.
"Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif," katanya lagi.
Koleksi Helena by Naelofar Hijab dilancarkan bersempena watak Helena yang dibawakan Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet.
Dalam koleksi yang merangkumi instant hijab, selendang dan skarf ini, ia datang dengan beberapa nama unik seperti Sweet Helena, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena.
Dijual dengan harga bermula RM60 sehingga RM99, koleksi Helena by Naelofar Hijab boleh didapati menerusi laman sesawang www.naelofarhijab.com
Sama-sama kita saksikan drama bersiri lakonan Neelofa, Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @noorkartini
#Datin Noor Kartini Noor Mohamed #Helena #Hija terbaharu #Naelofar Hijab #Neelofa #Red Velvet #tip kecantikan
;