Ibu mahu Bieber belajar dari kesilapan

Astro Awani
Februari 10, 2013 01:28 MYT
Bukan mudah menjadi ibu kepada Justin Bieber.
Seperti mana ibu lain Pattie Mallette mahu anaknya membesar dengan sempurna.
Kisah sensasi dan kontroversi sentiasa menyelubungi kehidupan Bieber dan terpalit sama adalah ibunya.
Antaranya gambar tidak senonoh yang dimuat naik Bieber sendiri di Instragram dan laporan mengatakan dia menghisap ganja bersama rakan-rakannya.
Namun Mallette akur pada usia 18 tahun Bieber seperti mana remaja lain perlu melakukan kesilapan supaya menjadi pengajaran.
Bagaimanapun dia tidak masuk campur berkenaan hubungan cinta di antara anaknya dengan Selena Gomez.
Malette kini sedang mempromosikan buku autobiografinya berjudul "Nowhere But Up".
#Justin Bieber #kontroversi #Pattie Mallette