'Ibu lasak sangat' - Fasha Sandha keguguran

Astro Awani
Jun 10, 2019 11:50 MYT
Entri Instagram Fasha Sandha yang dimuat naik bersama foto pengambilan darah ketika pemeriksaan kesihatan. - Foto Instagram
PASANGAN pelakon Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz dikejutkan dengan berita duka pada Syawal ke-enam kerana bayi dalam kandungannya telah disahkan gugur.
Fasha telah melafazkan kesedihan sambil mengumumkan berita itu kepada peminat-peminatnya menerusi laman Instagram.
Menurut entri tersebut, Fasha percaya sebab keguguran kandungan itu adalah kerana silap beliau yang tidak mengikut pesan doktor untuk tidak lasak ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja, sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu," katanya dalam entri Instagram yang dimuat naik bersama foto ketika pemeriksaan kesihatan.
Fasha Sandha disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun kandungan satu bulan itu tidak panjang umur.
Pelakon itu juga berdoa agar dapat lalui ujian ini dengan kuat dan berharap Allah kurniakan beliau dan suami rezeki pada masa akan datang.
#Aidil Aziz #Astro Awani #bayi #Fasha Sandha #gugur #Instagram #kahwin #kandungan
;