Ibu kepada Datuk Ziela Jalil meninggal dunia
Gempak
Mac 29, 2019 07:10 MYT
Mac 29, 2019 07:10 MYT
MALAM tadi (pada Jumaat) pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil berkongsi berita sedih tentang pemergian ibunya mengadap Illahi di satu entri di Instagramnya.
"Allahu Akbar! Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummagh firlaha warhamha wa’aafihi wa’fu anha.
"Yaa Allah rezeki mak di jemput Allah hari jumaat penuh Barakah ini, semoga berbahagia lah mak dalam Syurga Firdaus Allah hingga hari Akhirat, Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib.
"Selamat jalan mak, mak telah pergi dahulu, Ziela pasti menyusul kemudian, berbahagia lah mak menemui penciptamu Allah Azawajalla, sedihnya hati ini, Allah saja yg tau.
"Tak dapat bersama memberi penghormatan terakhir buat mak, doa Ziela akan sentiasa bersama Mak Allahyarhama Asmah Binti Abdullah," tulis Ziela.
Ketika ini difahamkan melalui gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram, Ziela berada di Maghribi.