Ibu kepada anak angkat Angelina Jolie rayu mahu jumpa anak kandungnya
Gempak
Januari 19, 2017 15:50 MYT
Januari 19, 2017 15:50 MYT
Ibu kepada anak angkat aktres hollywood Angelina Jolie iaitu Mantewab Dawit Lebiso merayu mahu bertemu dan melepas rindu terhadap anaknya yang berada di bawah jagaan pelakon itu.
Menurut Daily Mail, wanita berusia 31 tahun itu tiba-tiba muncul untuk berjumpa dengan anaknya yang ditinggalkannya kira-kira 10 tahun lalu di sebuah rumah kebajikan
"Saya hanya ingin diberi peluang untuk bercakap dengan Zahara. Saya rasa ia adalah perkara yang sukar.
"Saya hanya mahu melepaskan kerinduan terhadap anak saya dan bukan kerana ingin meminta pelakon itu duit," katanya
Angelina mengambil Zahara dari sebuah rumah kebajikan di Ethiopia ketika kanak-kanak itu berusia enam bulan.
Pasangan selebiriti itu tidak mengetahui bahawa ibu kanak-kanak tersebut masih hidup.
Angelina Jolie mengambil tiga orang anak angkat iaitu Zahara, Maddox dan Pax sebelum dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pelakon Brad Pitt.