Ibu Justin Bieber beri 'lampu hijau' kepada Selena Gomez

Madiha Abdullah
Disember 12, 2017 11:17 MYT
Mallette tidak pernah menentang hubungan anaknya dengan Gomez.FOTO/Instagram Pattie Mallette
SEBELUM ini, sewaktu hubungan Justin Bieber dan Selena Gomez berantakan, lagu nyanyian Bieber, Love Yourself, mendapat perhatian ramai.
Lagu ciptaan Ed Sheeran yang diterbitkan pada 2015 itu dikatakan menggambarkan kisah sebenar situasi hubungan Bieber dan Gomez ketika itu.
Antara lirik yang menjadi perbualan adalah 'My mama don't like you, and she likes everyone', yang seolah-olah memberi gambaran hubungan mereka tidak direstui ibu Bieber.
BACA: Selena Gomez perjelas sebab kembali berbaik dengan Justin Bieber
BACA: Cinta terhalang? Keluarga Selena Gomez enggan terima Justin Bieber semula
Namun dalam satu temubual dengan majalah People baru-baru ini, ibu Bieber, Pattie Mallette, ketika diminta memberi komen mengenai hubungan anaknya dengan Gomez yang dilaporkan kembali terjalin, memberitahu dia sememangnya sangat menyukai Gomez.
"Saya tidak tahu status hubungan mereka ketika ini kerana Justin tidak memberitahu saya apa-apa. Tapi saya tidak ada masalah dengan Selena kerana saya menyukainya.
"Saya menyokong apa sahaja yang dilakukan Justin. Jika dia sayangkan Selena, saya juga begitu.
"Saya pernah bertemu dengan Selena. Pendapat saya, dia seorang yang sangat bernilai dan mudah untuk disayangi," kata Mallette.
Sebelum ini terdapat desas desus hubungan Bieber dan Gomez kembali bertaut, namun tiada pengesahan rasmi daripada mereka setakat ini.
#cinta #Justin Bieber #Pattie Mallette #Selena Gomez
;