Ibu doakan setiap langkah perjalanan hidup - Doa Che Ta untuk anak
Gempak
Disember 11, 2018 18:13 MYT
Disember 11, 2018 18:13 MYT
MENERUSI entri di Instagram (IG), pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta telah berkongsi foto sambutan hari lahir anak keduanya, Aniq Ezra yang ke-20 tahun.
Di ruangan kapsyen, Che Ta menulis ucapan sempena hari lahir Aniq.
"U r now 20 years old sayang...dah besaq panjang..Mummy doakan setiap langkah perjalanan hidup Aniq sentiasa dirahmati Allah..amin @aniqezra," tulis Che Ta.