Ibu Amy Search meninggal dunia

Astro Awani
Ogos 1, 2021 06:30 MYT
Ibu kepada penyanyi rock terkenal Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang semalam. -Gambar Instagram @akuamysearch
IBU kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang semalam.
Perkara itu dimaklumkan Amy melalui status yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Fatimah Idris, 88, menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam tadi.
Jenazah akan dimandikan pada jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.
#Amy Search #meninggal dunia #Hospital Sungai Buloh #Petaling Jaya #Instagram #Fatimah Idris #ibu Amy
;