Ibu Adibah Noor meninggal dunia
Astro Awani
Mac 4, 2019 08:02 MYT
Mac 4, 2019 08:02 MYT
Ibu penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor, Norlia Abd Majid telah menghembuskan nafas terakhir pada 12:30 malam Isnin.
Adibah berkongsi berita itu melalui makluman yang dibuatnya melalui Twitter dan Instagram kira-kira jam 6:30 pagi tadi.
"Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat pada jam 9 pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan," katanya ringkas menerusi makluman berkenaan.
Rata-rata peminat dan pengikutnya turut menghulurkan ucapan takziah menerusi ruangan komen.
Ucapan takziah juga daripada warga Astro AWANI untuk keluarga Adibah Noor, moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.