'Ia terlalu peribadi' - Mawar Rashid bakal jawab dakwaan kahwini jejaka dari Brunei

Gempak
Mac 10, 2024 16:41 MYT
Kata Mawar, dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia. -Gempak
MAWAR Rashid enggan memberi sebarang komen spekulasi kononnya dia sudah kembali berumah tangga.
Kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, dia bakal berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.
“Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi.
“Insya-Allah saya akan berkongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat,” katanya.
Spekulasi Mawar bernikah mula menjadi tanda tanya apabila dia sendiri berkongsi gambar memakai inai, di Instagram pada Sabtu.
Dalam masa pelakon itu turut memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024.
Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah pun dipadamlan.
Dalam pada itu, Mawar turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya.
“Buat masa sekarang doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.
“Terima kasih atas doa dan ambil berat mengenai saya,” ujarnya.
Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Namun pasangan ini mengumumkan mereka bercerai pada 23 November lalu menerusi perkongsian di laman Instagram tanpa mendedahkan punca berpisah. -Gempak
#Mawar Rashid #Raf Yaakob #kembali berumah tangga #Brunei
;