'Ia jadi memori kami' - Akim bangga sarung baju hasil jahitan Stacy

Gempak
Jun 20, 2018 22:35 MYT
Akim berkahwin dengan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016. - Foto IG Akim Ahmad
PENYANYI Akim Ahmad mengakui bangga dia dan keluarganya dapat memakai baju raya yang dijahit sendiri oleh isterinya Stacy sempena Aifilfitri ini.
Akim, 27 tahun, berkata walaupun ada kekurangan di dalam jahitannya namun ia akan menjadi memori terindah buatnya.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Akim turut melahirkan rasa bangga tersebut.
Dalam entri yang sama dia memuat naik gambar keluarganya yang memakai sedondon baju berwarna merah di hari raya.
Akim berkahwin dengan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Eshaal, yang kini berusia setahun. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat, Bella, 6 tahun. - Teks oleh Syafiqah Jalal; Sumber foto IG Akim
#Akim Ahmad #baju raya #Hari Raya Aidilfitri #Stacy #Ummu Shaikhah Stacy Anam
;