“I said yes” - Nabila Razali terima lamaran kekasih hati, Nik Iruwan
Gempak
November 13, 2023 00:08 MYT
November 13, 2023 00:08 MYT
Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan sudah menerima lamaran teman lelakinya, Nik Iruwan Nik Izani.
Pendedahan itu sekali gus menamatkan teka teki mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung dan juga gerangan kekasihnya.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Foto yang dimuat naik itu merakamkan momen manis di mana bakal suami Nabila sedang melutut dan melamar dirinya.
"I said yes," tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan itu.
Antaranya, Wany Hasrita, Ummi Nazeera, Janna Nick, Amira Othman, Eyka Farhana, Sarah Suhairi dan ramai lagi.
Sebelum ini,timbul desas-desus mendakwa Nabila bakal mendirikan rumah tangga pada hari ulang tahun kelahirannya hari ini iaitu 13 November.
Bagaimanapun telahan itu tidak benar apabila Nabila hanya memuat naik foto menerima lamaran kekasihnya.
Terdahulu, sekitar Ogos lalu, kecoh Nabila dan Iruwan sudah mengikat tali pertunangan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara tersebut. - Gempak