"I don't ask for a cake, or to be dressed like a princess" - sayu ucapan hari jadi Puteri Balqis

Gempak
April 12, 2019 06:00 MYT
Balqis mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2011 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan. - Astro GEMPAK
PELAKON kanak-kanak, Puteri Balqis menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-12 pada Khamis.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Menurut Balqis, dia tidak perlukan kek hari jadi atau pakaian cantik umpama seorang puteri, apa yang dia mahukan hanyalah berada di sisi ibunya di hari istimewa itu.
"On my birthday today, I don't ask for cake, or to be dressed like a princess, or any fairy tales party.
"All I wanted is just to be next to my mother, looking at her eyes, hugging each other, telling that I am so thankful for the love and lessons.
"Because of her, I have found so much beauty in the dark as I have found so much horror in light," tulisnya sebagai kapsyen.
Balqis sebelum ini sering memuat naik entri berterima kasih kepada ibunya itu yang dianggap sebagai kekuatannya dalam melawan penyakit yang dihidapinya.
Ibu Balqis sebelum ini pernah membuat pengesahan anaknya itu mengalami masalah hati namun semakin sihat selepas menjalani rawatan.
Balqis mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2011 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan.
#hari jadi #Instagram #kek #Puteri #Puteri Balqis #ulang tahun
;