"I dah kata suami orang bukan 'taste' I" - Azrinaz Mazhar Hakim

Gempak
Mei 9, 2018 14:48 MYT
Personaliti terkenal tanah air, Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.
BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menjelaskan suami orang bukanlah lelaki yang menjadi idamannya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @azrinazmazharhakim.
"Maka tidur lenalah sang isteri-isteri semua. Tak perlu risau lagi. I dah kata suami orang bukan taste I.
"Tapi depa tak nak percaya. #sukabuatfitnahtau #dontbringbackthepast.
"Dah moh tido awai esok nak mangkit pagi gi undi #tanggungjawabisteri #tanggungjawabrakyat," tulis Azrinaz.
BACA: Tiada bulan madu, Azrinaz dan Feroz mahu bercuti ke Palestin
BACA: Sah! Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah 1 Mei lalu
Azrinaz selamat bernikah pada 1 Mei yang lalu dengan sahabat lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid.
Fairos merupakan rakan yang dikenali oleh Azrinaz semenjak 20 tahun lalu dan mereka mula menjalinkan hubungan rapat setahun lepas. - Teks: Kamaruddin Razal
#Azrinaz Mazhar Hakim #bernikah #Feroz #Instagram #isteri #kahwin #personaliti TV #suami #suami orang
;