I Can't Breathe dinobat Lagu Terbaik Anugerah Grammy ke-63... ini senarai penuh pemenang

Astro Awani
Mac 15, 2021 12:38 MYT
H.E.R atau nama sebenar Gabriella Sarmiento Wilson menyifatkan insiden yang berlaku pada tahun lalu begitu signifikan buatnya. - Gambar AP
ANUGERAH Grammy ke-63 yang berlangsung pada Ahad menyaksikan I Can't Breathe nyanyian H.E.R dinobatkan sebagai Lagu Terbaik dalam majlis yang berlangsung secara maya dari Pusat Konvensyen Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Lagu itu diilhamkan sempena insiden tunjuk perasaan Black Lives Matter yang tercetus di AS tahun lalu.
Penyanyi R&B, H.E.R atau nama sebenar Gabriella Sarmiento Wilson, 23, menyifatkan insiden yang berlaku pada tahun lalu itu sebagai begitu signifikan buat dirinya.
Sementara itu, Harry Styles mengungguli kategori Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu Watermelon Sugar.
Ia merupakan anugerah Grammy pertama yang dimenanginya, sekali gus menewaskan senarai artis terkemuka seperti Taylor Swift, Dua Lipa, Billie Eilish serta Justin Bieber.
Dalam perkembangan sama, penyanyi rap Megan Thee Stallion dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik menerusi lagu remix popular Savage menerusi kolaborasi bersama Beyonce.
Lagu tersebut juga dicalonkan dalam beberapa kategori termasuk Rekod Terbaik.
Anugerah berprestij itu berlangsung dalam norma baharu susulan pandemik COVID-19 dan dihoskan oleh bintang komedi, Trevor Noah.
Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Grammy Ke-63 tahun ini:
Rekod Terbaik: Everything I Wanted (Billie Eilish)
Album Terbaik: Folklore (Taylor Swift)
Song of the Year: I Can’t Breathe (HER)
Album Pop Latin Terbaik: YHLQMDLG (Bad Bunny)
Persembahan Melodi Rap Terbaik: Lockdown (Anderson Paak)
Persembahan Pop Solo Terbaik: Watermelon Sugar (Harry Styles)
Lagu Country Terbaik: Wildcard (Miranda Lambert)
Artis Baharu Terbaik: Megan Thee Stallion
Persembahan Berkumpulan/Duo Terbaik: Rain On Me (Lady Gaga & Ariana Grande)
Album Vokal Pop Traditional Terbaik: American Standard (James Taylor)
Lagu Rock Terbaik: Stay High (Brittany Howard)
Album Rock Terbaik: The New Abnormal (The Strokes)
Lagu R&B Terbaik: Better Than I Imagine (Robert Glasper featuring H.E.R. & Meshell Ndegeocello)
Album R&B Terbaik: Bigger Love (John Legend)
Persembahan Rap Terbaik: Savage (Megan Thee Stallion featuring Beyoncé)
Persembahan Solo Country Terbaik: When My Amy Prays (Vince Gill)
Persembahan Terbaik Country Duo/Berkumpulan: 10,000 Hours (Dan + Shay and Justin Bieber)
Lagu Country Terbaik: Crowded Table (The Highwomen)
Album Vokal Jazz Terbaik: Secrets Are the Best Stories (Kurt Elling featuring Danilo Pérez)
Album Jazz Latin Terbaik: Four Questions (Arturo O’Farrill and the Afro Latin Jazz Orchestra)
Album Kristian Kontemporari Terbaik: Jesus Is King (Kanye West)
Album Rock Latin/Alternatif Terbaik: La Conquista del Espacio (Fito Paez)
Album Tropikal Latin Terbaik: 40 (Grupo Niche)
Album Komedi Terbaik: Black Mitzvah (Tiffany Haddish)
Muzik Video Terbaik: Brown Skin Girl (Beyoncé)
Pengeluar Muzik Bukan Klasik bagi Tahun Ini: Andrew Watt
Album Rakyat Terbaik: All the Good Times (Gillian Welch & David Rawlings)
Kompilasi Terbaik Soundtrack Untuk Visual Media Soundtrack: Various Artists (Jojo Rabbit)
Penulis Lagu Terbaik Untuk Visual Media: No Time to Die (from No Time to Die) (Billie Eilish)
BACA: Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Grammy 2021
#Justin Bieber #I Can't Breathe #Anuferah Lagu Terbaik Grammy #H E R #Anugerah Grammy ke-63 #Beyonce #Artis Baharu Terbaik #Persembahan Pop Solo Terbaik #industri muzik
;