"Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit" mula ditayang hari ini

Astro Awani
Februari 7, 2013 17:38 MYT
Fenomena yang dicetuskan "Hantu Kak Limah Balik Rumah" pada 2010 memberi ilham kepada pengarah Mamat Khalid untuk muncul dengan filem sambungan.
Filem terbitan tayangan unggul ini mula ditayangkan di pawagam hari ini.
Mamat Khalid melengkapkan trilogi dengan "Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit".
Husin yang muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura kembali ke Kampung Pisang.
Di situ, Husin bertemu semula dengan geng lamanya juga Mon, kekasih dulu.
Beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh terutamanya kehilangan lelaki teruna.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin sebagai pembantu.
Keadaan menjadi rumit apabila Husin pula hilang dan kemunculan misteri Dr. Samsudin yang menawarkan bantuan.
Mengekalkan Awie, Usop Wilcha dan Zami Ismail filem ini turut menampilkan Rashidi Ishak.
Saksikan kesudahan "Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit" di pawagam mulai Khamis ini.
#Hantu Kak Limah Balik Rumah #Husin #Mamat Khalid #Mon dan Jin Pakai Toncit
;