Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah

Agensi
Februari 15, 2025 18:13 MYT
Rihanna dan A$AP Rocky meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan membabitkan Rocky pada Jumaat. - Foto Reuters
LOS ANGELES: Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, dilihat berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup perbicaraan kes tembak membabitkan A$AP Rocky, selesai pada Jumaat.
Rocky, atau nama sebenarnya Rakim Mayers, sedang dibicarakan atas dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik.
Rocky didakwa mengacukan pistol ke arah seorang lagi artis hip-hop yang juga bekas rakannya, Terell Ephron, semasa pertengkaran sengit, sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Ephron dalam satu konfrontasi kedua.
Kedua-dua insiden itu berlaku pada 6 November 2021.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Mangsa yang terselamat daripada tembakan itu melaporkan kepada polis selepas dia melihat Rocky dan dua individu mendekati sebelum menembaknya di sebuah jalan.
Menurut laporan polis, sekurang-kurangnya tiga das tembakan dilepaskan dan satu daripadanya terkena pada pada tangan kiri mangsa.
#tembakan #California #Rihanna #A AP Rocky
;