Hugh Jackman selamatkan anak, perenang dari dihanyut arus
Syafique Shuib
Mac 26, 2016 17:23 MYT
Mac 26, 2016 17:23 MYT
AKSI pelakon kelahiran Australia Hugh Jackman menyelamatkan anaknya dan perenang lain di pantai Bondi, Sydney mendapat perhatian netizen negara itu.
Satu video siaran saluran berita 9News di Australia menunjukkan Jackman menyelamatkan anaknya Oscar, 15, daripada dihanyut arus lautan.
Beliau turut menyelamatkan seorang lelaki yang turut memegang seorang perenang wanita.
Susulan itu, pasukan penyelamat dikerah bagi membantu para perenang yang menggunakan papan luncur dan jet ski.
Pada masa yang sama, Jackman turut melambai kepada para perenang yang lain agar mereka kembali ke pantai.
Ramai yang berkata bahawa Jackman, yang terkenal dengan watak Wolverine, bukan sahaja wira di layar perak tetapi kini diangkat sebagai wira sebenar Australia.