Hubungan Yusof Haslam dan Syamsul tegang?
Astro Awani
Februari 8, 2013 06:45 MYT
Februari 8, 2013 06:45 MYT
Datuk Yusof Haslam mengharapkan agar isu yang timbul di antara dia dan anaknya, Syamsul tidak diperbesarkan.
Baginya, perselisihan faham dalam keluarga adalah perkara biasa.
Syamsul tidak hadir pada tayangan media filem "Gangster Celop" pada Khamis malam.
Dia merupakan pelakon utama di samping Kamal Adli dalam filem arahan Ahmad Idham itu.
Hubungan di antara bapa dan anak ini dikatakan tegang selepas Yusof menegur Syamsul yang lewat menyempurnakan filem terbarunya, "KL Gangster Dua".
Filem "Gangster Celop" bakal ditayangkan di pawagam mulai 21 Februari ini.