Tiger Woods juara kejohanan golf 14 kali yang pernah dikaitkan dengan beberapa skandal seks telah mengakhiri alam perkahwinannya pada 2010 dan terbaru bintang sukan itu mengadakan temujanji bersama bintang papan luncur Lindsey Vonn.
"Ianya bukan rahsia lagi dan saya ada bertemu dengan Woods," menurut Vonn melalui kiriman Twitter dan Facebook beserta gambar pasangan itu.
"Hubungan kami berputik dari persahabatan hinggalah ke sesuatu yang lebih sejak beberapa bulan lalu dan ianya telah menggembirakan saya.
Woods mengirim pesanan di Twitter, "Baru sahaja mengirim beberapa gambar saya dan @Lindeyvonn di Facebook". Pemain yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu turut mengakui hubungannya bersama Vonn pada halaman Facebook Woods.
"Musim ini dilalui dengan baik sekali dan saya gembira atas kemenangan saya di Torrey dan Doral," tegas Woods.
"Sesuatu yang amat menarik apabila bertemu dengan Lindsey Vonn. Saya dan Lindsey telah lama berkawan dan sejak beberapa bulan ini hubungan itu semakin rapat dan kini kami bertemujanji.
"Kami berterima kasih atas sokongan anda dan menghormati privasi kami. Kami ingin meneruskan hubungan ini dengan rahsia sebagai pasangan biasa dan bersaing sebagai atlit."
Tahun 2009 merupakan tahun terakhir kegemilangan Woods apabila mahligai perkahwinannya retak berhubung beberapa isu skandal seks yang menyusul permohonan maafnya dan sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi produk yang menaja beliau.
Woods bercerai dengan Elin Nordegren tahun berikutnya. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Sam Alexis berusia lima tahun dan seorang anak lelaki Charlie berusia empat tahun.
Pemain kedua dunia itu telah menang dua kali tahun ini di Torrey Pines pada Januari dan di Doral awal bulan ini. Pemain itu meneruskan pencariannya untuk mengalahkan rekod Jack Nicklaus pada bulan depan.
Woods, 37 bukanlah satu-satunya bintang golf yang menjalinkan cinta dengan ahli sukan. Rory Mcllroy dari Ireland Utara menjalinkan cinta bersama pemain tenis kedudukan kesembilan Wozniacki dari Denmark.
AFP
Tue Mar 19 2013


KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

PGM perkenal Kejohanan Wanita 2025, hadiah tertinggi RM300,000
Jumlah hadiah adalah tertinggi dalam kalendar Jelajah PGM tahun ini selepas Masters Selangor PKNS menawarkan hadiah USD200,000 (RM889,400).

Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
Woods akan bergandingan dengan anaknya, Charlie, di Kejohanan PNC di Orlando hujung minggu ini.

JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.

Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida
Atlet berusia 13 tahun itu menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.

SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf
Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan golf SUKMA 2024.

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.

MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.