hlive! di Astro Ria mulai 26 Mei ini

Astro Awani
Mei 13, 2014 15:18 MYT
Penyanyi No.1 negara Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan majlis pelancaran hlive!
Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak dan Anuar Zain antara artis yang hadir memeriahkan majlis pelancaran dan parti hiburan hlive!.
Parti hiburan terbesar ini dianjurkan sempena pelancaran program baru hlive! yang akan disiarkan di saluran Astro.
Program berbentuk infotainment itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria sebagai sebuah saluran terkini dan sensasi tentang segala-galanya yang berlaku dalam dunia hiburan.
Antara segmen menarik termasuk Tweet Nakal, 15 Soalan, Di Sebalik, Fakta atau Propa, Pilihan H serta banyak lagi.
Empat pengacara baru mengemudikan program ini iaitu Dahlia Shazwan, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan Alif Farhan.
Program hlive! akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari pada setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 1.00 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).
Manakala program hlive! Apa Kata Malaysia yang diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam bermula 25 Mei 2014.
GALERI GAMBAR: Hiburan hangat hip di pelancaran hlive!
#Anuar Zain #Astro Ria #hiburan #hLive! #Siti Nurhaliza #Zizan Razak
;